Tuesday, May 24, 2011

Kanser - Bahagian pertama



Kanser merupakan kumpulan penyakit yang terdiri dari 210 jenis penyakit. Kanser adalah antara 10 penyebab kematian. Kanser boleh di rawat tetapi tidak boleh di sembuhkan. Badan kita di bina daripada jutaan unit yang di panggil sel. Sel-sel ini adalah unit asas kehidupan. Sel-sel sama jenis bergabung membentuk tisu dan seterusnya organ seperti jantung, hati, otak, paru-paru dan sebagainya. Kanser adalah penyakit yang berkaitan dengan sel. Secara normal sel akan mati akibat peningkatan umur dan mengalami kecederaan. Tubuh badan kita akan menggantikan sel-sel ini dengan jumlah dan jenis sel yang betul. Kadang-kala sel-sel ini akan terus berkembang dan bertambah tanpa henti. Sel yang tidak normal ini dinamakan tumor. Tumor ini akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel. Tumor ini mungkin adalah kanser. Sel-sel kanser ini akan berkembang dan tersebar ke organ badan yang lain melalui saluran darah dan limpa.

Terdapat berbagai-bagi jenis kanser. Penyakit ini sering menyerang organ-organ seperti paru-paru, otak, payu dara, serviks dan lain-lain. Tiga jenis kanser yang paling utama di Malaysia adalah kanser paru-paru, kanser payudara dan kanser serviks. Tanda-tanda awal kanser.
  1. Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yang luar biasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
  2. Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit buah dada.
  3. Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
  4. Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
  5. Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
  6. Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
  7. Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yang melampau, suara menjadi lebih mendalam.
  8. Kanser otak - sakit kepala, muntah muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
  9. Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
  10. Kanser darah (leukimia) - letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat efeksi
  11. Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.
- Kredit: berita harian -

No comments:

Post a Comment