Wednesday, May 25, 2011

SEMBUHKAN LUKA PEMBEDAHAN BERSALIN


SEMBUHKAN LUKA PEMBEDAHAN BERSALIN DENGAN SEGERA
Petua kepada puan-puan/isteri- isteri yang baru lepas bersalin secara pembedahan supaya cepat sembuh luka dalaman dan luaran.
Cuba cara-cara berikut :
1. Suami beli ikan haruan yang hidup, masak untuk dimakan isteri. Sebaiknya dibuat sup supaya dapat menyegarkan dan memulihkan tenaga badan.
2. Amalkan makan Jus Gamat. Antara jenama yang bagus Jus Awal Gamat.
3. Sapukan pada bahagian luka luaran (jangan kena pada bahagian jahitan) dengan losyen gamat. Tanya kat gerai-gerai ubat tradisional ada dijual.
Kalau boleh buatlah perkara-perkara berikut untuk kurangkan kesakitan akibat pembedahan....
1. Bila ingin batuk atau bersin maka peganglah bantal di tempat yang di bedah untuk menahan tekanan semasa batuk atau pun bersin.
2. Jangan jalan terlalu tunduk (bongkok) kelak luka akan lambat sembuh kerana perut itu berlipat pada tempat yang di jahit.
3. Tidur atas katil dan bukan di lantai kerana nak bangun akan susah kalau tidur di atas lantai. Bila nak bangun iringkan badan dan turunkan kaki dahulu perlahan lahan.
4.Eakkan dari memakan terlalu banyak jamu lepas bersalin kerana ia akan menyebabkan berpeluh dan ini akan melambatkan proses luka untuk baik.
5. Elakkan dari terlalu banyak berjalan tetapi kena berjalan juga, tak boleh baring terlalu lama dan elakkan banyak tidur.
6. Pati ikan haruan merupakan satu altenative yang bagus juga kepada ikan haruan segar.
7. Dan kerana tidak boleh menyusukan bayi maka isteri akan mengalami kesakitan bila susu mula terhasil. Perkara ini amat memerlukan perhatian kerana kesakitannya memang berat . Gunakan sikat untuk melurut bahagian yang sakit. Boleh juga di carikan daun ubi gajah atau sayur kobis untuk di lumatkan dan di tepekkan pada tempat yang sakit.
8.Penggunaan minyak habbatussawda untuk disapu pada tempat luka juga menghasilkan kesan yang positif.
9. Minum air bertapis/mineral yang mencukupi dan rehat yang mencukupi.
10. Jangan urut pada bahagian perut
Pemakanan ketika Berpantang
Makanan ketika dalam pantang untuk meningkatkan tenaga
Kehidupan dengan bayi baru lahir adalah memenatkan. Adalah agak sukar untuk mendapatkan rehat dan senaman yang mencukupi. Dan juga sukar untuk makan dengan baik. Tetapi adalah penting untuk anda menjaga diri anda. Pilihlah makanan yang sihat dan ikutilah strategi-strategi pemakanan yang mudah membantu anda bertenaga sepanjang masa. Mulakan dengan diet yang seimbang. Minum air yang banyak dan cuba cari masa untuk duduk dan makan.
Berikut adalah strategi-strategi untuk meningkatkan tenaga anda dari makanan anda :
Mulakan sarapan pagi anda dengan makanan berprotein seperti telur dan yogurt dan karbohidrat yang kompleks seperti roti 'whole wheat' dan bijiran adalah pilihan sarapan yang baik berbanding karbohidrat yang mudah atau gula.
Untuk sarapan yang baik, makanlah yogurt, semangkuk oatmeal atau bijiran penuh serat atau ‘scrambled eggs’ dengan roti bakar 'whole wheat'.
Karbohidrat yang mudah menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat dan kemudian menurun mendadak, menjadikan anda berasa mengantuk.
Karbohidrat yang kompleks memberikan anda tenaga yang lebih dan menyebabkan anda lebih kenyang kerana ianya mengambil masa yang lama untuk hadam dan memberi lebih khasiat dalam bentuk vitamin dan mineral.
Sarapan yang tinggi protein dan karbohidrat kompleks adalah penting tetapi kebanyakan orang melakukan yang sebaliknya.
Tukarkan cara pemakanan dari 3 kali makanan yang berat kepada 5 kali makanan yang lebih ringan sepanjang hari untuk meningkatkan tenaga anda. Ini menetapkan tahap tenaga anda pada tahap yang sama sepanjang hari berbanding turun naik di antara kenyang dan lapar.
Tiada siapa yang suka memakai semula pakaian mengandung selepas kelahiran bayi. Walaupun anda mungkin kecewa dengan penurunan berat badan yang perlahan ketika dalam pantang, ia bukan masa yang sesuai untuk mengelak daripada makan atau memotong secara mendadak kalori yang diambil. Ianya adalah masa untuk mendapatkan semula kekuatan daripada risaukan masalah berat badan.
Apabila bekalan susu sudah stabil dan anda telah pulih sepenuhnya dari mengandung dan bersalin; dan anda telah diberi kebenaran oleh healthcare provider, bolehlah anda mula menurunkan berat badan anda perlahan-lahan.
Bagi ibu yang menyusu anak, kehilangan berat badan yang terlalu cepat boleh melepaskan toksin yang tersimpan dalam lemak badan ke susu badan.
Dalam beberapa minggu pertama selepas bersalin, kekurangan air akan menyebabkan kepenatan dan mengantuk yang anda alami semakin teruk. Oleh itu, minum air dengan banyak dan ini boleh mengekalkan tenaga.
Jika anda menyusu badan, beberapa minggu pertama akan menjadikan anda amat dahaga. Jadi, pastikan anda minum dengan banyak.
Adalah lebih mudah untuk meminum kopi apabila anda kepenatan atau mengambil cokelat ketika anda lapar untuk mendapatkan tenaga dengan segera.
Tetapi berhati-hati. Bergantung kepada minuman berkafein atau makanan bergula, boleh memberi anda tenaga dengan cepat tetapi selepas itu anda akan menjadi lebih penat dari sebelumnya.
Seperti yang diterangkan di atas, karbohidrat kompleks seperti roti whole grain, kekacang dan sayuran atau protein seperti daging, telur, makanan asas soya akan menetapkan tahap gula yang lebih stabil.
RAWATAN INTENSIF PANTANG BERSALIN NONA ROGUY (Berpantang 44 Hari)
Sekiranya anda mengamalkan cara-cara yang diberikan secara bersungguh-sungguh dan penuh displin, maka anda akan mendapat apa yang anda impikan dengan Rangkaian Herbanika Bersalin Nona Roguy. Ianya sesuai samada untuk mereka yang bersalin secara normal atau ‘ceasarean’.
RAWATAN INTENSIF SELEPAS KELUAR DARI BILIK BERSALIN (DALAM WAD):-
MINYAK HERBANIKA

Sambil baring berehat, pembantu perlu sapukan Minyak Herbanika ke bahagian peha, lutut, belakang lulut, betis dan tapak kaki; pakaikan stokin. Ini membantu melembutkan urat saraf dan otot yang tegang (semasa meneran melahirkan anak) atau kurang pergerakan (semasa proses pembedahan) dan membantu melancarkan peraliran darah.
Kemudian, sapu rata Minyak Herbanika ke bahagian perut, ari-ari (kecuali bahagian pembedahan), tundun bahagian sulit, celahan peha, pinggul dan pinggang.
Kemudian, tuangkan Minyak Herbanika ke bahagian sulit (biar minyak mengalir ke celahan sulit ke bahagian episiotomi / luka jahitan), tuangkan ke bahagian tuala wanita anda (untuk caesarean juga). Pakai dengan selesa.
Ini membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan dan memecahkan pengumpulan angin di usus dan rahim di samping membantu mengecutkan rahim secara luaran.
MINYAK BERUBAT MUSTAJAB
Sambil baring, pembantu menggosokkan Minyak Berubat Mustajab ke bahagian kulit kepala serta tengkuk anda. Kemudian, ikat rambut dengan rapi.
Ini membantu meredakan ketegangan urat saraf di kepala, leher dan tengkuk semasa proses peneranan berlaku ketika melahirkan anak.
UNCANG CUCI HERBANIKA
Anda digalakkan bercebuk bahagian sulit dengan air garam semasa di wad. Disyorkan cucian dan cebukan dengan Uncang Cuci Herbanika. Sediakan sebekas air suam panas, masukkan 2 genggam garam dan 2 paket Uncang Cuci Herbanika, tekankan paket agar keluar pati herba tehnya yang pekat atau gunakan Barra Gel, dititis ke dalam air dan dikocak sebati. Kacau sebati dan cebukkan ke bahagian sulit serta di luka jahitan. Bersalin secara caesarian juga digalakkan bercebuk untuk kebersihan dan kesegaran sulit anda.
Selepas bercebuk, kesat kering perlahan-lahan. Ambil beberapa kapas lebar, tuangkan dengan Minyak Herbanika, lekapkan ke bahagian luka jahitan dan tuangkan Minyak Herbanika ke atas tuala wanita anda. Pakai dengan selesa.
Ini membantu menghindari daripada jangkitan kuman (infeksi), kegatalan kulit, membantu mengatasi bau yang tidak menyenangkan, menghindari dan menyembuhkan luka, kudis, nanah, masalah berair dan mempercepatkan penyembuhan luka jahitan (episiotomi).
AKAR HERBANIKA
Minum Air Akar Herbanika yang sedia direbus dan dituangkan ke dalam flask atau thermos. Disyorkan campuran Madu Lebah Asli (Pure Honey) ke dalam minuman Air Akar Herbanika anda. Minum suam panas.
Rebus 2 - 5 pkt Akar Herbanika dan 2 liter air sehingga mendidih. Boleh tambahkan sebatang serai (diketuk), 2 inci halia tua (diketuk), 1 sudu besar penuh halba dan daun pandan ke dalam air Akar Herbanika (jika mahu).
Ini membantu melancarkan peraliran darah dan pembersih darah (Antioksidan). Membantu melancarkan pengeluaran angin yang terperangkap di bahagian usus, saluran najis dan rahim. Ia mengembalikan kesegaran otot rahim, urat saraf dan kekuatan tenaga ibu bersalin di samping melancarkan pengeluaran susu ibu yang berkhasiat. Menghindari daripada kesakitan semasa pengecutan rahim berlaku.
Nota Perubatan Nona Roguy
Anda tidak perlu mengambil Mustajab PhytoNatal sekurang-kurangnya selama 3 - 7 hari sahaja. Jangan biarkan tanpa mengambil Mustajab PhytoNatal selepas 7 hari untuk menghindari daripada kemasukkan angin dan perut buncit serta menggeleber.
Nota Perubatan Doktor
Semasa masih di wad, anda boleh gabungkan perubatan yang diberikan doktor seperti pain-killer (penahan sakit), ubatan untuk buang angin atau melawaskan pembuangan air besar , antibiotik , panadol , ubat darah tinggi , kencing manis, lelah dan sebagainya.
RAWATAN INTENSIF DI RUMAH SEHINGGA GENAP SEBULAN :-

MUSTAJAB PHYTONATAL
Amalan pemakanan herba (tablet), bermula hari ke 4 selepas bersalin. Amalan setiap waktu pagi sebelum / selepas sarapan dan anda boleh amal 2 kali sehari iaitu waktu pagi dan sebelum tidur.
Buat pilihan dosej Mustajab PhytoNatal mengikut sistem pembuangan masing-masing untuk membantu melawaskan pengumpulan najis di usus, mengeluarkan keracunan, angin berlebihan, angin lendiran, air berlebihan dan membantu menurunkan berat badan berlebihan di samping membersihkan rahim dan melancarkan pengeluaran darah nifas, menyegarkan tubuh badan dan membantu mengecutkan rahim kembali normal.
Terlalu Lawas Buang Air Besar (Sensitif) ~ ambil 1 - 2 biji
Lawas Buang Air Besar (Normal) ~ ambil 2 - 3 biji
Tidak Lawas Buang Air Besar (Sembelit) ~ ambil 3 - 5 biji
Nota:
Adalah digalakkan mengambil tablet Mustajab PhytoNatal di waktu pagi supaya tidak mengganggu tidur anda di waktu malam. Semasa pengamalan Mustajab PhytoNatal, anda boleh gabungkan dengan Pembersih Dalaman iaitu Mustajab Lawas Angin dan Mustajab Lawas Segar, atau tambahan Mustajab PhytoCleanse atau Mustajab PhytoCleanse Plus (tablet) jika bermasalah lebihan angin dan sembelit yang kronik.
AKAR HERBANIKA
Amalan minuman air Akar Herbanika boleh dimulakan dari hari pertama melahirkan anak. Minum Air Akar Herbanika yang sedia direbus dan dituangkan ke dalam flask atau termos. Disyorkan campuran Madu Lebah Asli (pure honey) ke dalam minuman Air Akar Herbanika anda. Minum suam panas.
  • Rebus 2 - 5 paket Akar Herbanika dan 2 liter air sehingga mendidih. Boleh tambahkan sebatang serai (diketuk), 2 inci halia tua (diketuk), 1 sudu besar penuh halba dan daun pandan ke dalam air Akar Herbanika (jika mahu).
  • Minum 5 - 6 gelas/mug sehari untuk setiap hari.
HERBANIKA LULUR
Rawatan Luaran:
  • Sebelum mandi, ambil 1- 2 sudu besar penuh Herbanika Lulur (serbuk) campurkan dengan air suam dan sedikit Minyak Berubat Mustajab, jadikan pes.
  • Lumur seluruh badan dan lakukan lulur ke atas kulit badan anda.
  • Lakukan gosokkan dan urutan lembut ke bahagian-bahagian tertentu seperti berlebihan lemak, sengal atau lenguh, berpikmentasi (noda kehitaman) atau berkulit kasar.
  • Bilas dengan air suam atau air herba iaitu: Daun Inai, Daun Sireh Melayu, Daun Pandan, Daun Serai Wangi, Halia Tua (diketuk) dan Garam Kasar. (Semua bahan-bahan tersebut direbus sehingga air rebusan menjadi warna herba keperangan.
  • Kemudian, ambil 3 - 5 titis Barra Gel, gosokkan di kulit kepala dan urut lembut agar berbuih herba seperti syampu. Bilas dengan air paip. Kesat kering.
  • Jika tidak sempat berlulur, anda boleh gantikan dengan penggunaan Sabun Dhia (Sabun Cekur Susu Kambing) untuk digunakan pada seluruh kulit badan anda dan bilas dengan air suam atau air herba. Kesat kering.
Anda boleh buat pilihan daripada 2 jenis lulur mengikut keperluan anda iaitu:-

1. HERBANIKA LULUR (SERBUK)
Untuk bermasalah menggeleber, kulit yang lembik, kekenduran payudara, berlebihan lemak, sejuk-sejuk, lenguh, sengal, masalah kulit kehitaman dan kasar dan keletihan yang berlebihan.
2. SABUN DHIA
Untuk amalan penjagaan harian anda untuk memelihara kulit agar halus, cerah dan bersih disamping membantu memecahkan lemak berlebihan, membantu mengatasi masalah selulit dan menegangkan kulit.
Nota:
Selepas mandi, anda boleh lakukan Rawatan Urutan dan Tuaman atau Bertuku. Jika tidak ada rawatan urutan, anda digalakkan lakukan Tuaman atau Bertuku dengan Batu Tuku Besi atau Batu Tuam yang dibakar panas bara dan dibalut dengan Daun Mengkudu Putih dan Daun Sireh Melayu, Kemudian, beberapa helai kain agar tidak terlalu panas. Pastikan anda sapu Minyak Herbanika ke seluruh bahagian ulu hati, perut, pinggang, celahan peha, pinggul dan peha sebelum dan selepas bertuam. Bagi ‘caesarean’, jangan tuam di bahagian perut anda. Semasa bertuam atau bertuku sendirian, pastikan anda gunakan Batu Tuku Besi atau Batu Tuam yang bulat. Bertuam dengan lembut dan jangan mencungkil atau menekan dengan kuat. Ini boleh merosakkan dalaman anda.
KRIM BARUT (Bentuk Krim) / HERBANIKA BARUT (Bentuk Serbuk)
Krim Barut dan Herbanika Barut adalah produk yang sama tetapi dalam bentuk yang berlainan.
Anda boleh buat pilihan mengikut keperluan anda ;

1. Krim Barut - Picit tiub ke tapak tangan , saiz duit syiling 50 sen dan sapukan.
2. Herbanika Barut.
Sediakan Resipi Herbanika Barut:
- 4 sudu besar penuh serbuk Herbanika Barut
- 1 paket Asam Jawa (tanpa biji)
- Air (secukupnya)
Gaul sebati dan panaskan sehingga menjadi pes yang sederhana pekat (yang dapat melekat di kulit). Gunakan semasa suam.
Rawatan berbengkung atau berbarut. Bermula dari hari ke 4 selepas bersalin.
Cara berbengkung atau berbarut:
  • Selepas urut, bertuam atau bertuku ataupun tanpa rawatan-rawatan tersebut, anda perlu berbengkung (kerana ianya adalah perkara kedua penting selepas amalan pemakanan herba).
  • Sapu pada seluruh ulu hati, tulang rusuk, belakang pinggang, pinggul, punggung, perut, ari-ari, tundun kemaluan, celahan peha dan peha dengan Minyak Herbanika terlebih dahulu.
  • Sapu rata Krim Barut / Resipi Herbanika Barut dengan ke bahagian perut, ari-ari, pinggang, pinggul dan peha. Kemudian, gunakan sehelai kain tipis untuk membaluti pinggang dan perut anda agar resipi meresapi liangan kulit.
  • Ikat kain barut atau Bengkung Tradisional dari bawah iaitu di peha sehingga ke atas dengan kejab dan rapi.
  • Jika gunakan Strap-On Binder (Bengkung Moden), lapikkan dengan kain terlebih dahulu dan gunakan Strap-On Binder. Balutkan dengan kejab dan rapi dan pastikan anda tidak menekan Binder tersebut di bahagian tundun kemaluan. Sila balut Binder melepasi tundun kemaluan anda.
  • Biarkan dari pagi sehingga waktu lewat petang sekitar jam 7 malam. Bersihkan kulit perut dengan air suam atau sapukan semula Minyak Herbanika. Rehat seketika.
  • Waktu malam, gunakan bengkung atau barut semula.
  • Di waktu malam, ulangi pemakanan Krim Barut atau Herbanika Barut. Anda boleh buat pilihan untuk memakai Strap-On Binder, Girdle atau Bengkung Tradisional untuk keselesaan anda tidur pada waktu malam.
Nota:
Berbengkung atau berbarut perlu dilakukan dengan tekun sehingga keadaan perut anda kempis, pejal dan pinggang meramping serta langsing. Keadaan pinggul dan punggung anda juga tidak lagi kembang atau lebar. Teruskan rawatan ini selagi tiada perubahan pada kelangsingan tubuh badan anda.
Barut atau Bengkung bagi ‘Ceasarean’ pada awal 2 minggu pertama.
  • Selepas keluar dari wad, amat disyorkan amalan sapuan Minyak Herbanika sahaja di bahagian ulu hati, bahagian perut atas (upper abdomen), celahan peha dan pinggang anda.
  • Teruskan amalan sapuan Minyak Herbanika ini di bahagian perut kecuali di bahagian pembedahan yang masih ditutup dengan plaster atau clear bandage.
  • Adalah amat disyorkan jika anda gunakan 'Strap On Binder' secara moden yang dapat memberi sokongan pada bahagian perut agar tidak terasa berat atau jatuh. Ini membantu memberi sokongan pada rahim dan otot-otot perut anda. Gunakan 'Strap On Binder' yang lembut dan ringan, melepasi bahagian 'surgery' atau pembedahan tersebut.
Nota:
Para doktor bersalin menasihati agar menggunakan bengkung yang lembut, mudah didapati di farmasi (strap on binder) untuk kegunaan selepas 2 – 3 hari setelah melalui pembedahan.
Nota:
Apabila doktor menanggalkan plaster atau bandage, anda boleh mula sapu Minyak Herbanika ke bahagian luka pembedahan untuk mempercepatkan proses pemulihannya.
Barut atau Bengkung bagi ‘Ceasarean’ selepas 2 minggu (dan ke atas).
Selepas 15 hari atau 30 hari, amalan berbengkung atau berbarut boleh dilakukan seperti cara-cara yang dilakukan bagi bersalin secara normal (Sila rujuk catatan sebelum ini).
UNCANG CUCI HERBANIKA
Rawatan bercebuk , amalan bermula dari hari pertama sehingga hari ke 30.
  • Disyorkan cucian dan cebukan dengan Uncang Cuci Herbanika atau Barra Gel. Sediakan sebekas air suam panas, masukkan 2 genggam Garam dan 2 paket Uncang Cuci Herbanika, tekan paket agar keluar pati herba tehnya yang pekat atau masukkan Barra Gel. Kacau sebati dan cebukkan ke bahagian sulit serta diluka jahitan.
  • Selepas bercebuk, kesat kering perlahan-lahan. Ambil beberapa kapas lebar, tuangkan dengan Minyak Herbanika, lekapkan ke bahagian luka jahitan dan tuangkan Minyak Herbanika ke atas tuala wanita anda, pakai dengan selesa.
Amalan Bercebuk dan Berendam Pada Hari ke 31 sehingga 6 Bulan Sebagai Penjagaan Kebersihan dan Kesegaran Bahagian Sulit.
Sediakan Resipi Uncang Cuci Berdaun:
- 2 pkt Uncang Cuci Herbanika
- 10 - 15 helai Daun Sireh Melayu
- Segenggam Daun Inai
- Segenggam Garam Kasar
- 1 sudu besar penuh Jintan Hitam
- 1 sudu besar penuh Halba
Rebus dalam air sukatan lebih kurang 3 liter sehingga mendidih. Tuangkan air herba ke dalam besen yang muat punggung anda. Tambahkan 1 sudu besar penuh Minyak Berubat Mustajab dan Barra Gel ke dalam air herba, kocakan sehingga berbuih.
  • Cuci bahagian sulit bersih terlebih dahulu.
  • Duduk ke dalam air herba dari paras pinggang (pusat) ke pinggul, kaki dikeluarkan dari besen anda. Cebukan ke bahagian sulit luaran dan gunakan jari telunjuk untuk meruang ke dalaman saluran sulit anda.
  • Lakukan berendam, bercebuk dan meruang sehingga bersih dan terasa segar.
  • Rawatan ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya selama 10 - 15 minit atau 20 minit sahaja. Bangun dan kesat kering.
  • Sapu ruangkan Minyak Berubat Mustajab dan Minyak Herbanika (gabungkan kedua-dua minyak) ke dalaman ruangan Saluran Sulit.
  • Untuk merapikan dan merapatkan saluran sulit anda (pastikan tiada darah nifas), ambil ½ - 1 sudu teh PhytoVagin Gel gaulkan cair dengan Minyak Berubat Mustajab atau tanpa minyak, sapuruangkan ke dalaman saluran sulit sehingga tersentuh pintu rahim anda. Biarkan sehingga sebelum tidur, cuci dengan air dan Barra Gel, ruangkan dalaman agar tiada kesan gel tadi.
  • Sapu ruangkan Minyak Berubat Mustajab dan Minyak Herbanika (gabungkan kedua-dua minyak) ke dalam ruangan saluran sulit, sebelum tidur ataupun sapuruang semula PhytoVagin Gel dan Minyak Berubat Mustajab.
Nota:
Untuk amalan wanita ke arah kerapian dan kesegaran sulit. Anda boleh menggunakan cucian dan meruang dengan Barra Gel dan air. Bilas dengan air dan kesat kering.
Sapukan PhytoVagin Gel (sebesar 50sen) ke ruang saluran sulit. Biarkan selama 2-5 jam, kemudian bilas dan kesat hingga kering.
Pemakanan atau Diet Semasa Di Wad dan Selama 44 Hari
  • Nasi panas sederhana lembut / lembut, bubur nasi, spagetti, pasta dan makaroni.
  • Sayur-sayuran yang boleh dimakan ialah bebawang merah, putih, besar, karet, ulaman pegaga, lemuni, daun dan bunga kunyit, brokoli, dedaun pudina dan kari.
  • Ikan yang segar iaitu ikan merah, tenggiri, haruan, jenahak, selar kuning, kerisi, kurau, kerapu, siakap, kod, bawal putih dan senangin.
  • Makanan bijirin iaitu gandum (oats), empingan jagung (corn flakes), bran, muesli, beras merah, beras perang, beras, kismis kuning dan hitam, kekacang soya (tauhu, tempe dan tofu), kekacang badam, walnut, makadamia, gajus dan bijan, roti putih, roti wholemeal / wholegrains, roti canai, chapati, tosei, roti puri dan kari.
  • Buah-buahan yang boleh dimakan ialah epal merah, oren manis (limau manis), kurma, buah zaitun, buah tin (fig), delima, pir, lai, pic, aprikot, strawberi, anggur (jangan berlebihan boleh sebabkan batuk), jus epal, ribena dan sirap. Minuman berkhasiat iaitu, susu, kacang soya, horlicks, milo dan akar herbanika. Gunakan gula merah, gula perang, raw sugar dan madu lebah.
  • Banyakkan minum air.
[Nonaku.com]
Berpantang Tradisional Melayu
Rawatan dalam berpantang boleh dikategorikan kepada beberapa perkara dan menggunakan ramuan-ramuan yang tertentu. Antara rawatan tersebut adalah bertungku, berurut, mandi herba dan mandi lulur, bertangas, memakai bengkung, berpilis, bertasak, minum air akar kayu dan jamu serta berpantang makan dan minum.
BERTUNGKU
Amalan bertungku merupakan amalan tradisional yang penting ketika berpantang. Tidak lengkap berpantang sekiranya tidak bertungku. Biasanya tungku diperbuat daripada besi sebesar botol 500ml dan beratnya kira-kira 1.5kg. Bertungku juga tidak semestinya menggunakan besi kerana batu sungai atau anak lesung juga boleh digunakan. Ini kerana kesan bertungku bukan terletak kepada beratnya tungku tetapi tahap kepanasannya yang dapat meresap hingga ke dalam. Besi atau batu tungku perlu dipanaskan terlebih dahulu selama 1/2 - 1 jam di atas api yang sederhana. Kemudian tungku perlu dibalut dengan kain cita yang telah dilapik dengan daun mengkudu yang dikenali sebagai Morinda citrifolia.
Jika daun Morinda citrifolia tiada maka daun sirih iaitu nama sainsnya Piper betel atau daun lengkuas juga boleh digunakan.
Kesan panas dari tungku akan meresap ke dalam daun dan sekaligus bertujuan merawat bahagian badan semasa proses bertungku.
Proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari/ bawah pusat dan di atas perut (bawah buah dada). Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku.
Amalan bertungku ini penting memandangkan ia dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku.
Justeru, bertungku adakala diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. Jika ibu rajin bertungku bolehlah diteruskan hingga habis pantang.
BERURUT MENYEGARKAN BADAN
Urut juga merupakan amalan penting dalam pantang. Ia hendaklah dilakukan setiap pagi sebelum mandi atau selepas bertungku. Pastikan rawatan ini dilakukan oleh bidan atau tukang urut yang berpengalaman.
Amalan urut perlu dilakukan seminggu selepas bersalin selama tiga hari berturut-turut. Bagi yang ingin merasa lebih segar, amalan berurut boleh dilakukan pada penghujung pantang iaitu hari ke 42, 43 dan 44 diikuti pada hari ke 60 dan ke 100 selepas berpantang. Sebaiknya mulakan urutan pada sebelah pagi dan proses ini mengambil masa lebih dari satu jam.
Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran. Urut hendaklah menggunakan minyak. Kini terdapat banyak minyak yang menggunakan herba dan khasiat tumbuhan yang dijual di pasaran. Misalnya minyak serai wangi, minyak kayu putih dan lain-lain lagi. Namun jika rajin kita sendiri boleh membuat minyak urut.
Berikut adalah ramuan dan cara membuatnya:
  • Minyak kelapa [Dibuat sendiri menggunakan santan daripada sebiji kelapa, dimasak hingga menjadi minyak]
  • 3 camca besar halba
  • 4 cm halia (Zingiber officinale)
  • 4 cm kunyit hidup (Curcuma domestica)
  • 3 ulas bawang putih (Allium sativum)
  • 5 biji bawang merah (Allium cepa)
  • Cara membuat: Tumbuk kasar halia, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah. Masak bersama halba dan minyak hingga panas. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kering agar tahan lama.
MANDI
Mandi tidak boleh terlalu kerap semasa berpantang. Oleh itu adalah lebih baik mandi menggunakan air rebusan dedaun ataupun mandi lulur menggunakan lulur.
[A] Mandi Dedaun
Setelah selesai bertungku dan berurut, lebih elok mandi menggunakan air rebusan daun daripada air biasa, kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri.
Sebolehnya sepanjang tempoh berpantang, mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun atau sekurang-kurangnya selama dua minggu.
Jika di kampung, banyak daun kayu dan pucuk muda digunakan ibu atau nenek kita untuk mewangikan air mandi kala berpantang.
Antara daun yang boleh digunakan adalah daun kunyit terus, daun lenggundi (Vitex negundo), daun secerek, daun pandan, daun lengkuas, daun serai wangi, daun pisang kelat, daun capa, daun inai (Lawsonia terma), daun bonglai, daun mengkudu (Morinda citrifolia) dan rempah halba.
Sekiranya ramuan ini payah dicari di bandar-bandar maka ibu-ibu boleh mendapatkan daun-daun yang dijual di pasar atau mudah dicari di rumah-rumah jiran berhampiran.
Berikut ialah contoh ramuan yang diperlukan untuk menyediakan air rebusan untuk mandi:
  • 1/2 pelepah daun pisang kering atau daun pisang segar
  • 10 helai daun limau purut
  • 6 batang daun serai bersama serai
  • Halia muda sebesar 4 kali ibu jari
  • 7 helai daun pandan wangi atau pandan biasa
  • 2 helai daun kunyit hitam atau temu kunci
  • Seketul lengkuas atau 3 helai daunnya
  • Segenggam halba (dipunjutkan)
CARA MENYEDIAKAN AIR MANDI:
  • Ambil periuk tanah ukuran sederhana.
  • Sediakan bahan-bahan di atas.
  • Basuh bersih-bersih dan jerangkan bersama air di atas api yang sederhana.
  • Masukkan halba yang dipunjutkan.
  • Setelah air panas, ambil air rebusan ini dan campurkan dengan air pili dan pastikan suhu air, suam-suam kuku sahaja.
Mandi air rebusan dedaun ini juga seharusnya mengikut petua orang tua-tua. Mulakan menjirus pada bahagian ibu jari [kaki kanan] dahulu diikuti kaki [kaki kanan] kanan hingga ke pinggang. Ulang pada kaki kiri. Adalah penting memulakan jirus pada bahagian kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri dan seterusnya barulah mandi keseluruhan badan. Daun-daun rebusan tadi boleh digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan harumannya meresap ke dalam kulit. Punjut halba juga boleh digunakan untuk menggosok badan kerana ia dapat membantu memejalkan otot disamping menghalang air dari masuk ke dalam badan. Adalah dipercayai amalan mandi cara ini dapat mengeluarkan angin di dalam badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan untuk tujuan awet muda.
[B] Mandi Lulur
Sebenarnya ilmu merawat wajah dan tubuh ini telah dikenali dan diamalkan kaum wanita sejak zaman dahulu lagi umpamanya puteri raja Mesir dahulu kala menggunakan kaedah mandi lumpur yang kaya dengan mineral untuk mencantikkan kulit. Begitu juga warisan nenek moyang kita sendiri yang membuat bedak lulur menggunakan campuran tepung beras, tulang sotong dan daun nangka, bedak sejuk cekur atau bedak kulit ari daripada batang rambai untuk melulur kulit.
Sebelum mandi seluruh tubuh akan dilulur dan bahan yang terkandung di dalam lulur bertindak sebagai ‘scrub’ bertujuan membuang daki-daki yang melekat pada kulit. Dalam masa yang sama sel-sel mati akan turut tertanggal. Bagi yang berkemampuan mereka boleh mendapatkan khidmat rawatan mandian di pusat-pusat kecantikan yang terdapat di negara kita. Kebanyakan ramuan mandian yang digunakan adalah berupa ramuan herba, akar kayu dan rempah ratus yang mempunyai khasiat rawatan yang tersendiri.
BERTANGAS
Ia dilakukan selepas mandi. Amalan ini penting agar luka dan jahitan cepat sembuh. Bahagian sulit juga cepat kering dan ketat, mengecut rahim serta otot-otot yang kembang dan mengelakkan prolapse (keluar tombong). Berbagai ramuan boleh digunakan untuk bertangas seperti kemiyan yaman, jintan hitam, halba dan lain-lain.
Ramuan Tangas:
  • 9 keping asam gelugur
  • 2 camca besar garam jantan
  • 3 helai daun sirih (Piper betel)
  • Segenggam inai (Lawsonia terma)
  • Halia sebesar ibu jari (Zingiber officinale)
  • 3 biji manjakani
  • Caranya : Rebus semua bahan bersama air hingga mendidih. Angkat dan tangas selama kira-kira 20 minit. Untuk hasil yang baik ia dilakukan dua tiga kali sehari hingga 44 hari. Air yang sudah sejuk jangan dibuang, sebaiknya jadikan pencuci bahagian sulit.
PEMAKAIAN PARAM, PILIS, TAPEL, JADAM DAN BENGKUNG
Selain dari rawatan dalaman, kita perlu juga mengamalkan rawatan luaran. Antaranya ialah pemakaian param ke seluruh badan supaya badan tidak masuk angin dan memakai pilis. Pilis disapukan memanjang menutupi dahi bertujuan untuk menghilangkan rasa pening yang sering dialami oleh wanita bersalin.
Seterusnya sebelum memakai bengkung, sapukan perut dengan tapel (ubat barut) yang dicampurkan dengan 5 titik minyak kayu putih, 3 titik minyak gandapura, kapur sirih dan perahan limau nipis. Khasiat tapel adalah untuk mengurangkan rasa sakit-sakit di perut selepas bersalin, mempercepatkan pengeluaran darah kotor, mengempiskan perut serta memulihkan kondisi kulit perut. Selain menggunakan tapel, ramuan berjadam juga boleh digunakan untuk mengecutkan perut serta membuang angin di dalam badan sewaktu berbarut.
Antara ramuan berjadam adalah seperti berikut:
  • Segenggam jadam (diperbuat dari kayu gaharu atau lidah buaya)
  • Halia (Zingiber officinale) sebesar ibu jari
  • Isi kunyit terus sebesar ibu jari
  • 3 ulas bawang putih (Allium sativum)
  • Asam jawa (Tamarindus indica) sebesar bola ping-pong
  • Secawan air kosong
  • Periuk tembikar dan sudip
  • Cara membuatnya: Masukkan jadam di dalam periuk tanah. Tumbuk halia, isi kunyit terus dan bawang putih selumat-lumatnya. Kemudian gaul dengan jadam dan campur perahan air asam jawa. Jerang di atas api perlahan hingga mengggelegak.
Cara menyapu jadam:
Biarkan jadam suam-suam kuku. Bentang barut dan baring di atasnya. Selepas itu sapu jadam pada seluruh perut hingga ke bahagian ari-ari. Tutup dengan kain kecil dan ikat barut dengan kemas. Seterusnya untuk lebih kemas pakailah bengkung.
BERBENGKUNG
Bengkung haruslah diikat ketat dan kemas meliputi bahagian punggung, perut sehingga bahagian bawah payu dara. Ini untuk mengelakkan bahagian-bahagian seperti punggung dan perut mengalami pengumpulan lemak yang membawa gejala buncit dan mengendurkan punggung.
BERTASAK
Bertasak penting untuk memulihkan semula otot perut seperti sebelum melahirkan. Sebaiknya ia dimulakan selepas seminggu bersalin, dan diminum selepas makan. Ia hendaklah dilakukan sembilan hari berturut-turut, dua kali sehari pagi dan petang. Setiap tiga hari, bahan berlainan digunakan.
Caranya: Bahan-bahan ditumbuk sehingga lumat, dicampur setengah cawan air, ditapis dan diminum.
Pada hari pertama hingga ketiga: Segenggam daun inai iaitu Lawsonia terma, garam jantan (secukup rasa) dan 1/2 camca teh lada hitam atau nama sainsnya Piper nigrum.
Pada hari keempat hingga keenam: Gunakan segenggam daun senduduk yang dikenali dengan nama Melastoma malabathricum dan garam jantan.
Sementara pada hari ketujuh hingga kesembilan: Bahannya adalah 5cm kunyit iaitu Curcuma domestica, garam jantan dan 1/2 camca teh Piper nigrum.
MINUM AKAR KAYU DAN JAMU
Semasa tempoh berpantang ibu-ibu digalakkan minum air akar kayu dan jamu yang boleh dibeli terus dari penjual-penjual ubatan tradisional. Minum air akar kayu dan jamu menyihatkan badan disamping mengembalikan kesegaran ibu di sepanjang tempoh berpantang. Minum air akar kayu turut membantu mengecutkan rahim secara rawatan dari dalam kerana khasiat dari campuran herba akar kayu yang digunakan.
Cara minum air akar kayu dan jamu turut mempunyai petua dan cara yang tersendiri dan diminum sebelum makan.
Tekan ibu jari kaki kanan ke atas ibu jari kaki kiri supaya rahim dan punggung tidak kembang. Tangan kiri digunakan untuk ampu payudara agar tegang sentiasa. Selawat tiga kali, tarik nafas dan kempiskan perut supaya tidak buncit. Minum senafas agar tidak terasa mual.
MAKANAN BERKHASIAT UNTUK YANG BERPANTANG
Jika merawat diri tetapi tidak berpantang makan, samalah seperti mandi tidak bersabun. Pada minggu awal bersalin eloklah dimakan makanan yang kering bagi tujuan mengecutkan rahim.
Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan. Kalau ditanya pendapat orang tua-tua atau bidan kampung, mereka akan mengatakan ianya adalah untuk mengelakkan meroyan atau tempat peranakan menjadi licin dan tidak kembali ke tempat asalnya.
Minum air batu atau minum terlalu banyak air juga akan menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang. Namun tidak diketahui sejauh mana kebenarannya akan perkara ini. Apa yang nyata, mengamalkan pantang makan selepas bersalin membuatkan ibu kembali sihat malahan anggun dan ceria kerana mengurangkan pengambilan lemak, gula dan minyak yang berlebihan. Sebenarnya banyak hidangan yang boleh dijadikan menu ibu bersalin, dengan cara memasak yang berbeza, sama ada dipanggang, direbus atau dikukus.
Lada hitam , halia, serai, asam gelugur dan rempah ratus adalah sebagai perisa yang dijadikan aroma serta membangkitkan selera makan ibu.
Selain dari itu ulaman seperti pegaga (Centella asiatica), kunyit (Curcuma domestica), halia (Zingiber officinale), cekur (Kaempferia galanga), mengkudu (Morinda citrifolia) dan sebagainya boleh mengimbangi diet di dalam makanan ibu-ibu disamping mempunyai khasiat yang tinggi untuk tujuan rawatan semasa berpantang. Menurut orang tua-tua buah mengkudu (Morinda citrifolia) jika dimakan mentah mempunyai khasiat yang sama dengan seperiuk ubat akar kayu.
Cara makannya: Ia perlu dimakan dengan sedikit garam dan terus ditelan. Ia tidak boleh dikunyah kerana boleh menyebabkan mulut berasa terbakar.
Makanan yang menyebabkan angin patut dielakkan. Angin atau dalam bahasa saintifiknya flatulence boleh didefinisikan sebagai situasi dimana seseorang terasa sangat kenyang. Menurut Mary Easaw, Pengurus Dietetik & Dietari di Institut Jantung Negara, selain dari beberapa faktor tertentu, makanan turut menjadi penyumbang kepada masalah angin.
Masalah angin yang disebabkan oleh makanan adalah berbeza dari seorang individu kepada individu yang lain.
CARA-CARA MENGIKAT BENGKUNG:
1. Sempurnakan ikatan barut.
2. Ikat satu hujung kain pada tombol pintu atau dipegang pembantu. Lilit bermula di bawah paras punggung. Pastikan satu hujung kain pendek, agak-agak melepasi kepala. Bahagian berkenaan dijadikan tulang bengkung.
3. Lilitan dipusing ke belakang, apabila tiba di depan, simpul pada bahagian pendek, kemudian pusing ke belakang semula.
4. Bahagian depan siap diikat.
5. Bahagian belakang, dililit kemas dan bertindih setiap satunya.
Makanan yang menyumbang kepada penghasilan angin di dalam perut:
1. Legumes: Kebanyakannya dari jenis kekacang kering, kacang panjang dan kacang soya.
2. Susu dan hasil susu: Susu, aiskrim dan keju.
3. Sayur-sayuran: Kubis, lobak putih, lobak merah, kubis brussel, bawang, kubis bunga, asparagus, timun dan brokoli.
4. Sayuran berubi: Kentang dan sengkuang.
5. Buah-buahan: Prun, aprikot, epal, kismis, pisang, sukun, nangka, pear dan pic.
6. Bijirin dan roti: Kesemua jenis makanan yang mengandungi gandum dan produk daripada gandum termasuk bijirin, roti dan pastri.
7. Makanan berlemak: Makanan bergoreng, lemak daging, sos krim dan sos tartar.
8. Cecair: Minuman bikarbonat soda, fizi, minuman bergas, ubatan atau serbuk.
9. Seserat (fiber): Kacang, oat, bran dan kacang panggang.
Resipi Pemulih Luka Pembedahan
Bagi ibu-ibu yang melahirkan anak secara pembedahan, proses memulihkan tubuh sememangnya lebih cerewet. Ini kerana mereka perlu merawat luka pembedahan itu selain dari memulihkan tenaga. Disarankan agar semua masakan bagi mereka yang bersalin cara pembedahan tidak ditumis. Ini kerana minyak tidak membantu proses penyembuhan dalaman. Masakan yang bercili juga tidak digalakkan pengambilannya.
Seeloknya setiap hidangan dimakan bersama nasi putih sebaik sahaja siap dimasak. Tujuannya bagi memastikan khasiat dan kesegarannya terjaga. Elakkan daripada memakan nasi sejuk (nasi yang dimasak semalam) kerana dikhuatiri boleh membuatkan perut kembung.
SUP HARUAN
Mudah saja menyediakan Sup Haruan ini. Ia cuma memerlukan sedikit air asam jawa, lada hitam dan juga halia. Rebus dengan sedikit air sehingga ikan haruan masak.
(Kata orang tua dalam pantang elok makan ikan haruan. Lebih2 lagi bagi mereka yang bersalin melalui pembedahan. Ikan haruan akan mempercepatkan proses penyembuhan luka).
HARUAN BAKAR
Ikan haruan dibakar dan hanya boleh dimakan dengan air asam jawa pekat, bawang besar dan lada hitam. Ulam boleh ditambah iaitu ulam pegaga.
SUP AYAM
Sup ayam hendaklah direbus hanya dengan rempah tumis, lada hitam, garam dan halia yang banyak. Supnya tidak boleh banyak.
SUP KENTANG
Orang berpantang tidak boleh banyak minum air dan makan makanan berminyak. Oleh itu sesekali untuk membasahkan tekak, anda boleh menikmati Sup Kentang yang dicampurkan dengan Suun. Ia direbus hanya menggunakan halia dan lada hitam. Bagaimanapun, supnya tidak boleh banyak.
BILIS SANGAI
Ikan bilis disangai hingga garing. Kemudian dicampurkan dengan halia. Bahan tambahan ialah air asam jawa dan dimakan dengan 5 ulas bawang merah dan ulam pegaga.
HALIA PADI
Halia padi adalah halia yang kecil isinya. Dengan memakan halia ini, ia bertindak membuang angin dalam badan. Hidangan ini boleh dimakan dengan air asam, bawang merah dan juga lada hitam.
HALIA BARA
Halia bara dihidangkan dengan 5 ulas bawang merah, air asam jawa dan sedikit lada hitam. Ia hendaklah selalu dimakan kerana ia dapat memanaskan badan ibu yang baru bersalin. Selain halia bara, anda juga boleh makan isi jerangau ataupun lempoyang.
BONGLAI
Ia berguna untuk menghilangkan bau ketiak dan badan. Susu badan juga tidak akan berbau. Bonglai dibuangkan kulit dan dimakan dengan bawang besar yang dimayang dan juga air asam jawa pekat yang dibancuh dengan sedikit garam. Air asam membantu mengecutkan dinding perut yang mengembang setelah bersalin.
POKOK KUNCI
Ia berbentuk panjang berwarna coklat. Kulitnya dibuang dan ia dimamah begitu saja dengan nasi. Pokok Kunci bertindak mengunci nafsu makan dan angin pada badan.
PEGAGA
Amalkan makan pegaga sewaktu dalam pantang.
[Resipi oleh: Ibu Halimah Shuib, Jamu Mak Dara]
PERIA MASAK ASAMBahan-bahan:
200 ml air
5 ulas bawang kecil – dihiris
2 biji peria katak – dipotong nipis
2 sudu besar ikan bilis – dibersihkan
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu makan air asam jawa
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
Masak kesemua bahan sehingga pekat. Kacau rata dan kecilkan api. Tunggu sehingga naik bau. Angkat dan hidangkan.
Info: Pengambilan peria dapat membantu ibu dalam pantang yang mengalami kesukaran membuang air besar, disamping menambah susu ibu. Ia juga membantu membersih dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh jika diamalkan.
AYAM MASAK KERINGBahan-bahan:
200 ml air
3 – 5 helai daun pegaga – dihiris
3 ulas bawang kecil – dihiris
2 ketul ayam (sederhana besar)
Seketul halia – dimayang halus
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
Masak kesemua bahan dan kacau rata sehingga mendidih. Perlahankan api dan tunggu sehingga kuah pekat atau kering (mengikut suka). Hidangkan ketika masih panas.
Info: Bagi masyarakat Melayu, kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin.
Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Dimakan bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang. Mampu mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.
IKAN BILIS GORENGBahan-bahan:
3 sudu makan ikan bilis – digoreng tanpa minyak
3 ulas bawang kecil – dimayang
2 sudu air asam jawa
Halia sebesar ibu jari – dimayang
½ sudu teh serbuk lada hitam
Cara menyediakan:

Masukkan ikan bilis di dalam pinggan. Letakkan halia, bawang dan tuangkan air asam jawa serta serbuk lada hitam ke atasnya.
IKAN TENGGIRI BERKUAH Bahan-bahan:
200 ml air
5 ulas bawang kecil – dihiris
2 ketul ikan tenggiri
Halia sebesar ibu jari – dimayang
½ sudu teh serbuk kunyit
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ cawan air asam jawa
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
Masaklah kesemua bahan hingga tinggal sedikit kuahnya. Angkat dan hidangkan.
Info: Untuk mengekalkan kesihatan dan kesegaran tubuh badan, pengambilan ikan tenggiri dan ikan haruan sebagai makanan tambahan sepanjang tempoh berpantang amat digalakkan.Ia juga mampu melicinkan dan menegangkan kulit badan selain menyembuhkan luka dalaman dan luaran kerana kandungan asid amino dan lemak yang ada padanya.Isinya yang bebas kolesterol turut membuatkan paras wajah kelihatan berseri serta pemikiran menjadi cerdas. Ia juga tidak menggemukkan badan untuk jangkamasa panjang.
SUP AYAMBahan-bahan:
250 ml air
2 ketul ayam
½ sudu teh serbuk lada hitam
Halia sebesar ibu jari – dimayang
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:

Rebus kesemua bahan. Tambah air jika tidak mencukupi. Biarkan ia mendidih hingga tinggal sedikit kuahnya. Angkat dan hidangkan.
Info: Penggunaan lada hitam bertujuan untuk memanaskan badan Boleh diambil oleh ibu yang bersalin secara pembedahan tetapi seeloknya dalam kuantiti yang sedikit.
TENGGIRI MASAK ASAMBahan-bahan:
250 ml air
2 ketul ikan tenggiri
3 – 4 inci halia – dimayang
3 biji bawang kecil
½ cawan air asam jawa
½ sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:

Campurkan kesemua bahan dalam periuk sederhana besar. Masak hingga pekat tetapi jangan sampai airnya terlalu kering. Sedia dihidang bersama nasi putih.
Info: Mencampurkan perahan air asam jawa dalam hidangan ibu berpantang banyak khasiatnya. Antaranya, dapat memudahkan untuk membuang air besar selain dari menyegarkan tubuh badan.[Sumber: RASA, Februari 2005]
SUP IKAN HARUAN
Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan
2 cawan air
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk
3 ulas bawang merah - ditumbuk [A]
2 ulas bawang putih - ditumbuk [A]
2 sm halia - ditumbuk [A]
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Daun bawang & daun sup - dihiris
Cara menyediakan:
Ikan dipotong dan dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air bersih. Toskan. Panaskan minyak jagung dalam periuk. Tumiskan bahan A hingga wangi. Masukkan air. Apabila mendidih, masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Taburkan daun bawang, daun sup dan garam. Kacau rata dan hidangkan.
IKAN HARUAN ASAM KUKUS
Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan - dibersihkan
1 cawan air asam jawa
3 sudu makan minyak jagung
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh gula pasir
1 sudu teh tepung jagung - campurkan sedikit air
1 tangkai daun kesum
1 batang bunga kantan - dihiris
Garam secukup rasa
Bahan kisar [A]:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sm kunyit hidup
1 sm lengkuas
1 batang serai - diketuk
1 sudu teh lada hitam - ditumbuk
Cara menyediakan:
Ikan digaul dengan garam dan serbuk lada hitam. Ketepikan selama 30 minit. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan A hingga wangi. Masukkan air asam jawa, kicap cair, gula dan garam. Bila mendidih, masukkan pes tepung jagung, daun kesum dan bunga kantan. Kacau hingga pekat. Sementara itu, kukus ikan haruan tadi sehingga masak. Letak dalam pinggan. Apabila kuah mendidih, tuangkan atas ikan tadi sehingga rata. Hidangkan.
DAGING LADA HITAM
Bahan-bahan:
500 gm daging lembu
1 biji bawang besar - dihiris
5 ulas bawang putih - dicincang halus
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
1 sudu makan kicap manis
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
Daging dihiris nipis dan dibersihkan. Panaskan minyak jagung. Goreng daging hingga agak garing. Angkat. Masukkan bawang besar dan bawang putih ke dalam baki minyak gorengan tadi. Kacau hingga wangi. Kemudian masukkan semula daging, kicap, lada hitam dan garam. Kacau rata-rata kemudian angkat. Hidangkan.
PAIS IKAN TENGGIRI
Bahan-bahan:

2 potong ikan tenggiri (anggaran 400 gm) - dibersihkan
1 sudu teh asam jawa - campurkan 3 sudu makan air
1/2 sudu teh serbuk kunyit
3 helai daun pisang - dilayur
3 ulas bawang merah - ditumbuk (A)
1 biji cili merah - ditumbuk (A)
1 ulas bawang putih - ditumbuk (A)
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
Satukan bahan A dengan serbuk kunyit dan air asam jawa. Tambah garam. Lumurkan campuran ini pada ikan hingga rata. Perapkan selama 30 minit. Bungkus ikan ini dengan daun pisang. Bakar atas bara api atau dalam ketuhar dengan suhu 200 darjah C hingga masak. Angkat dan hidangkan.
IKAN SIAKAP PANGGANG
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
50 ml pati santan
1 batang serai - dikisar [A]
2 ulas bawang merah - dikisar [A]
1 sm kunyit hidup - dikisar [A]
1 ulas bawang putih - dikisar [A]
1 sudu makan minyak masak
1 sudu teh gula pasir
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
Perap ikan dengan separuh bahan A selama 1 jam. Letak ikan di atas aluminium foil. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga masak. Panaskan minyak dan tumiskan lebihan bahan A hingga garing. Masukkan santan dan kacau hingga pekat. Kemudian masukkan garam dan gula pasir. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan dengan ikan siakap.
IKAN TENGGIRI GORENG HALIA
Bahan-bahan:
1 keping ikan tenggiri
4 sm halia - dihiris & digoreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
Cara menyediakan:
Lumur ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Biarkan selama 20 minit. Panaskan minyak bijan dan goreng ikan sehingga garing. Ketepikan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan ikan semula. Tuangkan kicap dan kacau rata. Angkat ikan dan letak ke dalam pinggan. Taburkan halia goreng di atasnya. Sedia untuk dihidangkan.
IKAN GELAMA PANGGANG
Bahan-bahan:
1 ekor ikan gelama
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Sedikit garam
Cara menyediakan:
Ikan dibersihkan. Jika suka, kelar badan ikan supaya ikan cepat masak. Gaulkan dengan garam dan basuh hingga bersih. Toskan. Kemudian gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Panggang atas bara api hingga masak. Sedia untuk dihidangkan.
AYAM KUKUS BERCUKA
Bahan-bahan:
8 ketul ayam
4 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sm halia - ditumbuk
3 sudu makan cuka
Garam secukup rasa
Bahan tumbuk [A]:
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
Cara menyediakan:
Lumurkan ayam dengan bawang putih, halia dan garam. Perap selama 30 minit. Kemudian kukus ayam sehingga masak. Tuangkan cuka pada ayam dan taburkan bahan A. Kukus lagi selama 5 minit.
Nota: Masakan yang mengandungi cuka sangat baik diambil oleh ibu selepas bersalin kerana dapat mengecutkan perut dan rahim.
AYAM MASAK BIJAN
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dibuang kulit, dipotong & dibersihkan
4 sm halia tua - dihiris halus
3 sudu makan minyak bijan
1 - 2 sudu makan kicap manis
Sedikit garam
Air secukupnya
Cara menyediakan:
Panaskan minyak bijan dalam kuali. Tumis halia hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau rata. Tutup kuali dan masak ayam selama 20 minit dengan api kecil. Tuangkan sedikit air supaya tidak terlalu kering. Akhir sekali, masukkan kicap dan kacau rata. Bila ayam masak, tutup api. Tambah garam jika perlu.
HATI MASAK BEREMPAH
Bahan-bahan:
300 gm hati lembu
2 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk rempah kari
1 sudu teh serbuk ketumbar
4 ulas bawang putih - dikisar [A]
2 ulas bawang merah - dikisar [A]
2 sm halia - dikisar [A]
1 sm lengkuas - dikisar [A]
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
Hati lembu dipotong dan dibersihkan. Gaulkan hati lembu dengan bahan A, garam dan serbuk rempah yang lain sehingga rata. Perapkan semalaman di dalam bekas bertutup yang disimpan dalam peti sejuk. Bakar dalam ketuhar pada suhu 200 darjah C selama 30 - 35 minit atau sehingga masak.
Nota: Hati lembu menambahkan darah.
HALWA HALIA
Bahan-bahan:
250 gm halia - dihiris nipis
250 ml air
5 ulas bawang putih - dibakar & dibelah dua
2 sudu makan gula pasir
1 sudu teh cuka
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
Celur halia dalam air panas selama 5 minit. Toskan. Masak gula pasir, garam, cuka dan air hingga mendidih. Sejukkan. Masukkan halia dan bawang putih ke dalam mangkuk. Tuangkan air rebusan tadi. Tutup kemas dan biarkan semalaman.
JUS HALIA KURMA
Bahan-bahan:
200 gm halia
20 biji buah kurma
750 ml air masak
Cara menyediakan:
Tumbuk halia hingga lumat. Belah buah kurma dan buangkan bijinya. Jerang halia, kurma dan air dalam periuk. Renehkan selama 3 jam. Bila mendidih, perlahankan api. Tapis dan kemudian hidangkan panas atau suam.
REBUSAN MANJAKANI
Bahan-bahan:
5 biji buah manjakani
500 ml air
2 sm halia tua
2 sm kunyit tua
2 keping asam keping
Cara menyediakan:
Satukan kesemua bahan ke dalam periuk. Jerang di atas api sederhana hingga mendidih. Perlahankan api dan renehkan selama 10 minit. Tapis dan minum air ini setelah suam.
Nota: Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim. Tidak sesuai diminum oleh gadis/anak dara kerana ditakuti menjadi penyebab mandul.
REBUSAN PEGAGA
Bahan-bahan:
2 ikat pegaga
5 cawan air
Cara menyediakan:
Rebus pegaga dengan air di dalam periuk hingga tinggal anggaran 3 cawan air sahaja. Minum apabila suam (2 kali sehari).
Nota: Minum air rebusan pegaga untuk membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru melahirkan anak.
TUMIS SAWI PUTIH
Bahan-bahan:
5 tangkai sawi batang putih - dipotong
1 sm halia - dihiris
10 ekor ikan bilis - dibersihkan
1 sudu teh minyak masak
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara menyediakan:
Tumiskan halia dan ikan bilis dalam minyak panas hingga garing. Masukkan sawi. Kacau rata dan tuangkan air. Tutup sebentar dan biarkan lembut. Tambah garam dan angkat.
Nota: Sawi putih membantu menambahkan susu ibu.
PERIA LADA HITAM
Bahan-bahan:
1 biji buah peria - dihiris
200 ml air
100 gm ikan bilis - dibersihkan
2 ulas bawang putih - dicincang halus
2 batang serai - diketuk
1 sm kunyit hidup - ditumbuk halus
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
Masukkan semua bahan kecuali peria ke dalam kuali. Jerangkan. Kacau sekali-sekala hingga mendidih. Masukkan peria dan masak lagi hingga empuk. Masakan hendaklah dikacau selalu bila bertambah pekat dan kering.
TEMPE GORENG KICAP
Bahan-bahan:
5 keping tempe - dihiris panjang
50 gm ikan bilis - dibersihkan
3 ulas bawang merah - dikisar [A]
2 ulas bawang putih - dikisar [A]
2 biji cili merah - dikisar [A]
1 sudu makan kicap pekat
1 1/2 sudu teh cuka
1 sudu teh gula pasir
Sedikit daun bawang - dihiris
Minyak masak
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
Panaskan minyak dan goreng tempe hingga separuh garing. Toskan. Masukkan ikan bilis dan goreng hingga garing. Toskan. Tinggalkan sedikit minyak dan tumiskan bahan A hingga wangi. Jika perlu, masukkan sedikit air. Masukkan tempe, ikan bilis, kicap, cuka, daun bawang, garam dan gula pasir. Kacau rata dan masak hingga kering.
SUP SAYUR CAMPUR
Bahan-bahan:
400 ml air
200 gm brokoli
1 biji lobak merah
1/2 biji lobak putih
1/2 batan seleri
3 helai daun kubis
Secubit serbuk pati ikan bilis
1 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan tumbuk [A]:
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu teh rempah biji
1 sudu teh lada hitam
1/2 sudu teh jintan putih
Cara menyediakan:
Potong lobak merah, lobak putih dan seleri. Ceraikan brokoli menjadi berkelopak. Kubis pula dihiris kasar. Panaskan minyak masak ke dalam periuk. Tumiskan bahan A hingga wangi. Masukkan serbuk pati ikan bilis dan air. Apabila mendidih, masukkan sayur-sayuran. Bila sayur lembut, masukkan sedikit garam, kacau rata dan tutup api. Sajikan panas-panas.
Nota: Sayur-sayuran ini membanyakkan air susu ibu. [Sumber: Variasi Sajian Sihat]
ULAM HALIA DENGAN POKOK KUNCIBahan-bahan:
Beberapa potong halia muda
Beberapa batang pokok kunci
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
Bersihkan halia muda dan pokok kunci. Kemudian kedua-duanya hendaklah dimayang halus. Gaulkan bersama dan campurkan dengan sedikit garam. Makan bersama nasi panas
Info: Halia dikatakan mempunyai sifat panas dan kering. Dengan memakannya sepanjang tempoh berpantang, ia bertujuan untuk memecahkan angin, menghilangkan sejuk badan dan membantu proses penghadaman.

IKAN TENGGIRI MASAK AIR Bahan-bahan:
Sepotong ikan tenggiri (saiz sederhana)
200 ml air
5 helai daun pegaga – dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris
½ sudu teh serbuk lada hitam
Halia sebesar ibu jari
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:

Panaskan periuk dan campurkan kesemua bahan. Masak ikan haruan sehingga airnya tinggal sedikit sahaja. Boleh dimakan ketika hidangan masih panas.
*Ia mampu mengembalikan semula tenaga, membuang angin kotor dan melancarkan peredaran darah selain merawat luka-luka dalam badan.

Info: Bawang putih bukan sekadar penyedap masakan semata-mata. Malah ia berkhasiat untuk kesihatan anda jika diamalkan setiap hari.
KENTANG SUHUN Bahan-bahan:
200 ml air
3 biji bawang putih
1 biji kentang – dipotong kecil
1 sudu air asam jawa
½ sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit suhun (direndam terlebih dahulu)
Cara menyediakan:

Masak kesemua bahan tadi hingga kentang empuk. Biarkan ia mendidih dan kuahnya sedikit pekat. Masukkan ke dalam mangkuk dan tuang sedikit air asam jawa di atasnya.
KENTANG CAMPUR PEGAGA Bahan-bahan:
200 ml air
5 – 8 helai daun pegaga
5 ulas bawang kecil – dipotong 2
1 biji kentang – dipotong kecil
1 sudu makan ikan bilis
½ sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
Masak bersama kesemua bahan sehingga kentang empuk. Biarkan mendidih atas api sederhana besar. Angkat setelah kuahnya pekat. Hidangkan.
IKAN TENGGIRI BAKARBahan-bahan:
2 ketul ikan tenggiri
3 biji bawang kecil – dihiris
Halia sebesar ibu jari – dimayang
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ cawan air asam jawa
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
Bakar ikan tenggiri hingga masak sepenuhnya. Tuangkan air asam jawa, taburkan halia, serbuk lada hitam dan bawang kecil ke atas ikan tenggiri. Tambah garam secukup rasa.
ULAM PEGAGABahan-bahan:
1 ikat pegaga
Cara menyediakan:

Bersihkan dahulu daun pegaga. Toskan air sebelum dimakan bersama nasi.
Info: Pegaga merupakan sejenis ulaman popular di kalangan ibu berpantang terutamanya dalam menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi.Ia diibaratkan sebagai tonik saraf untuk merehat dan menambahkan ingatan. Pegaga juga dapat mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal selepas bersalin.
SUHUN PEKAT Bahan-bahan:
200 ml air
Sedikit suhun – direndam terlebih dahulu
3 ulas bawang kecil – dihiris
1 sudu makan air asam jawa
Halia sebesar ibu jari – dibersihkan
½ sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
Masak kesemua bahan di atas api sederhana besar. Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata. Biarkan mendidih sehingga kuah pekat atau kering (mengikut suka).
PETUA AGAR BADAN KEMBALI RINGAN & BERTENAGA :
Amalkan minum air rebusan serai dan halia (yang dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Minum air rebusan ini pagi dan malam, insya-Allah badan akan menjadi ringan dan bertenaga.
[Sumber: RASA, Februari 2005]

2 comments:

  1. Terima kasih byk2 untuk post ini. Terbayang arwah nenek buat semua ni waktu mak lahirkan adik. Esok2 saya pula akan lalui. Ilmu berharga terima kasih.

    ReplyDelete
  2. wow, tips macam ni sangat lengkap, boleh jemput jadi penulis jemputan kat blog Dila



    jom sertai peraduan TONTON DAN MENANG !!!

    ReplyDelete